ismakualaterengganu

Cadang ganti hari sekolah ditutup akibat banjir

BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan keperluan mengganti semula hari bersekolah bagi yang dit...

BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan keperluan mengganti semula hari bersekolah bagi yang ditutup sementara ekoran banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan berkata, setakat ini sebanyak 21 buah sekolah membabitkan Pahang, Johor, Kelantan, Sarawak dan Terengganu ditutup akibat banjir di negeri terbabit.

Penutupan 11 sekolah di Pahang, satu di Johor dan masing-masing tiga di Kelantan, Terengganu serta Sarawak membabitkan 2,384 murid.

“Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bagi memantau perkembangan banjir.

“Jika perlu, kita akan menggantikan semula hari bersekolah bagi yang ditutup kerana banjir,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Beliau berkata, semua sekolah ditutup sehingga banjir kembali pulih dan tidak menjejaskan keselamatan murid, guru serta kakitangan.

The post Cadang ganti hari sekolah ditutup akibat banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8996652259023518263

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item