Cuaca beku melampau landa AS, Kanada

TEXAS, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Kawasan timur Amerika Syarikat (AS) dan Kanada membeku di bawah suhu rendah melampau akibat ribut salji.

Di AS, hawa artik dan angin sejuk diramalkan –42 darjah Celsius dengan risiko kecederaan ‘reput fros’ pada kulit jika terdedah selama 10 minit.

Manakala di Kanada, suhu ekstrem menghampiri –50 darjah Celsius diramalkan berlaku di wilayah Ontario dan Quebec, utara negara itu.

Suhu sejuk melampau berlaku selepas ribut yang digelar ‘bom siklon’ melanda pada Khamis lalu.

Dilaporkan, ribut berkenaan mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 maut termasuk empat dalam kemalangan jalan raya di Caroline Utara dan tiga di Texas.

Sejak semalam, keadaan menjadi serius apabila lebih 3,420 penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa ditangguhkan.

Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dan lapangan terbang Charleston di Carolina Selatan adalah antara yang paling teruk terjejas. – Agensi

The post Cuaca beku melampau landa AS, Kanada appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?