Cuepacs gesa gaji dinaikkan segera tampung kos sara hidup

KOTA BHARU, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kerajaan digesa mempertimbangkan kenaikan gaji kakitangan awam dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya awal tahun ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda yang mengutarakan gesaan itu berkata, perkara tersebut sangat wajar dinilai oleh kerajaan memandangkan kakitangan awam kini dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang sangat tinggi.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan pihak kami, didapati gaji penjawat awam sebenarnya sudah tidak mampu lagi untuk menampung kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat.

“Apa lagi ditambah pula dengan kos pembelian harga rumah, yang mana kita tidak boleh anggap ia sebagai satu perkara sampingan kerana setiap orang yang mahu memulakan kehidupan mereka mesti ada rumah,” katanya selepas menyampaikan taklimat Transformasi Perkhidmatan Awam: Isu dan Cabaran Penjawat Awam melibatkan lebih 300 kakitangan awam Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Beliau berkata, Cuepacs cuma meminta perhatian kerajaan supaya pertimbangan cadangan dan tuntutan mereka berhubung kenaikan gaji diambil perhatian segera oleh kerajaan.

The post Cuepacs gesa gaji dinaikkan segera tampung kos sara hidup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian