Disebalik Pergerakan Daesh


Persoalan besar yang sentiasa timbul apabila membicarakan isu pergerakan Daesh di Iraq dan Syria adalah; Adakah  Daesh ini adalah satu pergerakan jihad yang benar dan  muncul untuk membebaskan bumi umat Islam daripada penjajahan asing atau hanya sebagai senjata dan wayang kuasa besar bagi menjadikannya sebagai alasan untuk  menguasai bumi Islam secara langsung di atas nama memerangi pengganas?


Pepatah arab ada menyebut “Air akan mengelirukan orang yang dahaga”. Kenyataan Amerika Syarikat baru-baru ini bahawa mereka berada di Syria untuk memerangi Daesh seolah-olah membenarkan dakwaan bahawa kewujudan Daesh hanyalah satu alasan untuk mereka memasuki negara tersebut. (http://abcnews.go.com/International/us-troops-syria-heres-theyre/story?id=46020582). Dalam masa yang sama kekuatan Russia dan Iran juga berada di bumi Syria untuk memperkuatkan lagi cengkaman Rejim Basyar Asad.

Umat Islam seharusnya mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku sebelum ini. Pengalaman pahit yang berlaku di Afghanistan sepatutnya sudah cukup menjadi pengajaran buat kita. Negara kapitalis Amerika sememangnya cukup pakar dalam menyusun strategi seolah-olah membantu Afghanistan dalam menentang Soviet Union untuk mendirikan Daulah Islamiah. Sebaliknya apa yang berlaku, setelah Soviet Union berjaya dikalahkan,  gerakan Al-Qaeda pula diburu oleh Amerika hingga ke lubang cacing. Lebih memilukan lagi, mereka yang ditangkap itu di penjarakan di Guantanamo yang mana merupakan penjara paling kejam dibawah kelolaan Amerika. Sedangkan sebelum ini Al-Qaedah  pernah dianggap sebagai pejuang umat Islam. Hakikatnya, mereka hanya sebagai kuda tunggangan yang dimanipulasi oleh Amerika bagi mencapai tujuan mereka. Adakah masih ada dalam kalangan umat ini yang berfikir dan  mengambil pengajaran?

Menteri Pertahanan Israel Moshe Dayan (1967) pernah mengungkapkan bahawa “Arabs don't read, and if they do they don't understand and if they do understand, they don't do anything about it" . (Bangsa Arab umat yang tidak membaca. Jika mereka membaca mereka tidak faham. Jika mereka faham mereka tidak melakukan sesuatu)

Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidak disengat orang mukmin dua kali di tempat yang sama”. Oleh itu, selagi mana kita sebagai satu umat, tidak mengambil pengajaran dan mengkaji keatas apa yang menimpa umat Islam, selagi itulah kita akan sentiasa di sengat bukan hanya dua kali, bahkan berkali-kali lagi.


 (saduran daripada tulisan Dr. Paisal Qasim - https://www.basaer-online.com)














Ustaz Dr Razali Musa
YDP Isma Kuala Terengganu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian