Dua beranak didakwa sembunyi maklumat berkaitan Abu Sayyaf


KUALA LUMPUR, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan sengaja menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Ahmad Omar, 53, dan anaknya, Jaffar Ahmad, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Jaffar yang bekerja sebagai buruh binaan dan Ahmad seorang pengawal keselamatan, didakwa dengan sengaja menyembunyikan maklumat berkaitan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang mana mereka terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat tersebut.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di MAG-03 Persiaran Pangsa Baiduri, Taman Desa Baiduri, Hulu Langat, Selangor pada 1 Mac 2017 hingga 30 Ogos 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 21 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – Bernama

 

The post Dua beranak didakwa sembunyi maklumat berkaitan Abu Sayyaf appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian