Dua lelaki dipenjara seumur hidup bunuh pelarian Syria

ISTANBUL, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Mahkamah Turki menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua lelaki atas kesalahan membunuh seorang wanita Syria bersama bayinya berusia 10 bulan, Julai tahun lalu.

Turki menyifatkan pembunuhan secara terancang itu kes berat yang berlaku di negaranya.

Memetik Reuters, dua lelaki berkenaan didapati bersalah atas kesalahan pembunuhan terancang, membunuh wanita hamil, serangan seksual dan membunuh bayi yang tidak berupaya membela diri.

Dilaporkan, pelarian wanita Syria itu dirogol sebelum dibunuh dengan batu di barat laut wilayah Sakarya, hanya beberapa hari sebelum wanita berkenaan dijangka bersalin.

Dalam masa sama, bayi lelakinya dicekik sehingga mati.

Ketika sesi pembelaan, Birol Karaca yang juga salah seorang penjenayah, mengaku memperkosa wanita Syria itu.

“Saya tidak bunuh dia tetapi merogolnya. Tiada apa lagi yang ingin dikatakan lagi dan ini kenyataan bela diri saya,” katanya.

Ketika hari kejadian, suami wanita itu menghubungi pihak keselamatan Turki selepas gagal menemui isteri dan anaknya.

Difahamkan, suspek memecah masuk rumah wanita itu dan membawa mereka ke hutan di Sakarya, di mana penduduk kampung menjumpai mayat mereka. -Agensi

The post Dua lelaki dipenjara seumur hidup bunuh pelarian Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian