Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran

BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Dua restoran makanan di Mantin diserbu kerana menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tanpa kebenaran.

Serbuan bermula jam 11 pagi sehingga 1.30 tengah hari tadi dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Pengarahnya KPDNKK Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, logo halal yang dipamerkan di kedua-dua restoran telah disita bagi siasatan lanjut mengikut Perintah 4(1)(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Penggunaan sijil atau logo halal adalah untuk pemegang sijil halal yang dikeluarkan Jakim sahaja. Menjadi satu kesalahan jika ada pihak yang menyalahgunakannya.

“Oleh itu, kita mengambil tindakan menyita logo halal dipamerkan di dua premis itu bagi mengelak pengguna keliru seolah-olah premis itu mendapat pensijilan halal daripada Jakim,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemilik restoran idisiasat mengikut Perintah 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, iaitu menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi pertubuhan perbadanan pula boleh didenda sehingga RM250,000.

The post Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian