ismakualaterengganu

Dua wakil iFitness cabar diri berbasikal keliling pergunungan di Chiang Mai

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Dua wakil iFitness, Norzafry Norhalim dan Mohamaed Nor Bakri Shafe m...

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Dua wakil iFitness, Norzafry Norhalim dan Mohamaed Nor Bakri Shafe mahu mencipta rekod peribadi dengan berbasikal mengelilingi kawasan pergunungan di Thailand.

Menyahut seruan iFitness untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, Nofzafry, 34, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Nilai bersama sahabatnya telah memulakan perjalanan dari Chiang Mai dan akan meneruskan kayuhan sehingga ke Chiang Rai.

Beliau berkata, jarak kayuhan adalah sejauh 400km dan dijangka akan mengambil masa selama lima hari.

“Sepanjang perjalanan itu kami akan melalui beberapa kawasan pergunungan dan bukit bukau antaranya Doi Ang Khang setinggi 1672m dari atas laut dan juga kawasan banjaran Phu Chi Fa di sempadan Laos.

“Sekarang kami di Doi Ang Khang dan akan menaiki bot menyusuri sungai menuju ke tempat permulaan kayuhan hari esok berhampiran Chiang Rai,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Ketika ditanya mengapa memilih Chiang Rai sebagai destinasi terakhir, beliau menjelaskan, ia merupakan laluan kayuhan yang akan mencabar stamina berikutan keadaan yang berbukit-bukau.

“Kami memang sengaja memilih kawasan tersebut untuk menguji kemampuan kayuhan mendaki bukit dan latihan di altitud tinggi.

“Kami dapat rasakan satu kepuasan dan bangga kerana dapat menawan puncak-puncak di Thailand di samping mengenali budaya masyarakat tempatan dan mengeratkan ukhuwah sesama rakan-rakan,” katanya.

Pada masa sama, Zafry turut menyeru masyarakat untuk turut sama beriadah dengan cara berbasikal kerana ianya satu sukan yang mudah dan tidak memerlukan sebarang kemahiran spesifik.

“Namun sukan ini mampu melatih stamina ke tahap yang tinggi. Berbasikal ini juga sesuai untuk semua peringkat umur, latar belakang dan jantina. Ia juga sesuai untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan mahupun meningkatkan stamina.

”Risiko kecederaaan adalah rendah. Kita juga dapat manfaat sampingan dengan meluaskan pemandangan apabila mengembara dengan basikal,” katanya.

Kelab Sukan iFitness Malaysia merupakan sebuah agensi di bawah Isma bagi menggalakkan ahlinya meningkatkan kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Ia ditubuhkan dengan usaha ahli Isma pada tahun 2013.

Kelab ini telah banyak menganjurkan aktiviti kesihatan antaranya Fun Ride, Charity Fun Run termasuk menang serta berada di tempat 10 teratas di beberapa perlumbaan basikal.

The post Dua wakil iFitness cabar diri berbasikal keliling pergunungan di Chiang Mai appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2871727294111280411

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item