Empat maut motosikal terbabit kemalangan di PLUS

IPOH, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Empat maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal dengan sebuah kereta di KM278.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi tadi.

Mereka yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 5.36 pagi itu dikenali sebagai Mohamad Hafiz Jabon, 33; Rafiq Hafizi Rahimi, 21; Muhsin Muhamad Wazer, 23 dan Mohamad Syarif Mohamad Said, 30.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Thamby berkata dalam kejadian tersebut, Rafiq Hafizi yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja dan Mohamad Syarif penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut di lokasi kejadian.

Mohamad Hafiz dan Muhsin yang merupakan pembonceng kedua-kedua motosikal terbabit meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya.

“Hasil siasatan awal yang diperoleh daripada seorang lelaki yang juga pemandu kenderaan jenis Proton Iswara terbabit, semasa kejadian itu, kedua-dua motosikal dalam perjalanan dari Simpang Pulai ke Ipoh.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal terbabit telah bergesel sesama sendiri dalam kelajuan yang agak tinggi sebelum terbabas dan melanggar bahagian belakang Proton Iswara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pemandu Proton Iswara tidak mengalami sebarang kecederaan.- Bernama

The post Empat maut motosikal terbabit kemalangan di PLUS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian