EU sokong Baitulmaqdis Timur ibu negara Palestin

BRUSSELS, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Kesatuan Eropah (EU) memberi jaminan kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bahawa 28 blok negara itu menyokong usaha Palestin untuk menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara masa depan mereka.

Pada pertemuan dengan Abbas di ibu pejabat EU di Brussels, semalam, Ketua Hal Ehwal Luar EU, Federica Mogherini menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Saya ingin meyakinkan Presiden Abbas mengenai komitmen tegas Kesatuan Eropah kepada penyelesaian dua negara terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara bersama kedua-duanya,” kata Mogherini.

Mogherini juga menyeru mereka yang terlibat dalam proses untuk bersuara dan bertindak ‘bijak’ dengan rasa tanggungjawab.

Abbas sebelum ini, menggesa EU untuk mengiktiraf negara Palestin dengan serta-merta.

“Kami berminat meneruskan cara rundingan. Kami bertekad untuk menyatukan kembali rakyat dan tanah kami,” katanya.

Timbalan Menteri Luar Jerman, Michael Roth pula berkata, keputusan Trump menyebabkan hubungan rakyat Palestin dan Israel lebih tegang.

Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian juga berkata, Paris akan menggesa EU menawarkan hubungan dagangan yang lebih baik dengan Palestin, menerusi perjanjian yang meliputi akses tidak terkecuali kepada 500 juta pengguna blok EU. – Agensi

The post EU sokong Baitulmaqdis Timur ibu negara Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian