Filipina siap sedia hadapi tiga bulan darurat

LEGAZPI, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Fili­pina bersiap sedia menghadapi pengisytiharan darurat selama tiga bulan di sekitar kawasan letusan gunung berapi Mayon.

Amaran gunung berapi di wilayah Albay, tengah Filipina itu kekal pada tahap empat iaitu kedua tertinggi selepas ia memuntahkan lava, abu dan bahan panas lain.

Jurucakap agensi bencana negara Asia Tenggara itu, Romina Marasigan berkata, setakat ini lebih 80,000 penduduk di kawasan sekitar telah berpindah di 69 tempat perlindungan.

“Mereka terpaksa tinggal di pusat-pusat pemindahan sementara. Makanan dan bekalan lain masih mencukupi tetapi kami bimbang dari aspek kesihatan dan kebersihan.

“Bagaimanapun kami sudah bersiap sedia untuk berdepan perintah darurat selama tiga bulan,” katanya.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memaklumkan, sejak kelmarin berlaku lagi tujuh pancutan lava pada kawah gunung berapi yang berlarutan selama beberapa minit sepanjang tempoh 21 jam.

Pancutan lava itu naik setinggi 150 meter ke udara, manakala Gunung Mayon turut menghamburkan abu dan asap pada ketinggian tiga kilo­meter. -Agensi

The post Filipina siap sedia hadapi tiga bulan darurat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian