ismakualaterengganu

Gempa bumi 2.5 magnitud di Madinah

MADINAH, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Satu gempa bumi kecil berukuran 2.5 magnitud berlaku di Tanah Suci Madinah, semalam, kata Jurutera P...

MADINAH, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Satu gempa bumi kecil berukuran 2.5 magnitud berlaku di Tanah Suci Madinah, semalam, kata Jurutera Persatuan Geologi Arab Saudi, Hani Zahran.

Menurut laporan Arab News, gempa bumi itu berlaku 14 kilometer di barat laut Madinah pada kedalaman 7 kilometer di bawah permukaan.

Pegawai perbandaran kota Madinah bagaimanapun mengesahkan tiada kerosakan yang berlaku.

Jurucakap Pertahanan Awam Madinah, Kolonel Khaled Al-Johani berkata, mereka menerima beberapa panggilan telefon daripada penduduk di barat Tanah Suci itu kira-kira jam 3 petang, yang bimbang mengenai gegaran berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Pihak Berkuasa Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar Arab Saudi, Tariq Aba Al-Khail berkata, gegaran gempa bumi itu adalah lemah dan tidak berbahaya, malah ia adalah antara gegaran kecil yang kerap dicatatkan di negara itu.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Pertahanan Sivil, Brigadier Jeneral Abdulrahman Al-Harbi, mengarahkan pakar dari pertahanan sivil dan Suruhanjaya Geologi Saudi untuk mengeluarkan laporan yang diperlukan.

The post Gempa bumi 2.5 magnitud di Madinah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 183996030668405897

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item