Gencatan senjata berkuatkuasa di Ghouta Timur

GHOUTA TIMUR, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Gencatan senjata yang dirundingkan Russia berkuatkuasa di Ghouta Timur, kubu terakhir kumpulan pemberontak di ibu kota Damsyik, dijangka memberi kelegaan sementara kepada kira-kira 400,000 penduduk di kawasan itu.

Gencatan senjata yang bermula sejak semalam itu secara tidak langsung membantu penduduk di wilayah berkenaan yang mengalami kekurangan bekalan makanan dan perubatan.

Ghouta Timur berada di bawah pengepungan rejim Bashar al-Assad sejak tahun 2013.

Menurut Al Jazeera, wilayah Timur Ghouta berhampiran Damsyik itu adalah kawasan terpenting kepada kerajaan Bashar.

Wartawan Al Jazeera berkata, rantau itu mempunyai kes malnutrisi paling teruk dalam keseluruhan peperangan di Syria.

Gencatan senjata itu diumumkan di Vienna, Austria selepas rundingan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara kerajaan Syria dan pembangkang berakhir tanpa sebarang kemajuan besar.

Bagaimanapun wartawan Al Jazeera berkata, tidak semua puak pembangkang di Ghouta Timur menandatangani perjanjian itu, dan belum dapat dipastikan berapa lama ia dikuatkuasakan.

Perjanjian itu dibuat ketika pihak pembangkang Syria mengumumkan rancangan untuk memboikot rundingan damai oleh Rusia di Sochi minggu depan.

Mereka menyifatkan rundingan tersebut merupakan usaha untuk menggugat inisiatif PBB untuk memeterai perjanjian damai di wilayah bergolak itu.

Sepanjang dua bulan lalu, jet pejuang Russia dan rejim Syria telah memperhebatkan serangan pengeboman di kawasan pemberontak.- Agensi

The post Gencatan senjata berkuatkuasa di Ghouta Timur appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian