Gunung Mayon muntahkan lava, 40,000 penduduk pindah

LEGAZPI, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Amaran tahap bahaya dinaikkan kepada skala lima apabila gunung berapi paling aktif di Filipina memuntahkan lava panas dan hujan debu.

Meskipun letusan Gunung Mayon kelihatan mempesona, namun ia amat berbahaya sehingga lebih 40,000 penduduk di kawasan itu diarahkan berpindah ke penempatan sementara.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina berkata, aliran lava panas mengalir sejauh 700 meter dari atas kawah gunung Mayon dan debu akibat letusan gunung berapi itu naik ke udara hingga jarak tiga kilometer pada waktu malam dan sebelum subuh.

Namun, letusan pada petang semalam adalah yang paling kuat selepas gunung berapi itu mula menunjukkan tanda-tanda letusan sejak minggu lalu.

Ketika ini, pihak berkuasa meningkatkan tahap amaran lebih tinggi, sebagai petanda bahawa letupan berbahaya boleh berlaku pada bila-bila masa.

Dilaporkan, semua sekolah di seluruh wilayah itu ditutup pada hari ini.

Gunung berapi berbentuk kon hampir sempurna itu terletak dalam wilayah Albay, sekitar 330 kilometer ke barat daya Manila.

Pada Mei 2013, empat pelawat asing dan pemandu pelancong maut apabila Gunung Mayon meletus. Paling dasyat pada 1814 pula, lebih 1,200 orang terbunuh apabila aliran lahar mengalir turun dan menimbus bandar Cagsawa. – Agensi

The post Gunung Mayon muntahkan lava, 40,000 penduduk pindah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian