Hati-hati bila UMNO puji, kata veteran PAS

BANGI, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – “Dua kali Najib dalam masa dua bulan ini memuji PAS. Pertama dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Ketika dia mengecam pembangkang diselitkannya sebaris pujiannya kepada PAS. Dalam mesej tahun barunya pula diulangi kematangan politik PAS itu baik baginya dan baik bagi negara. Padanya pembangkang lain itu tidak guna semuanya.”

Demikian ditegaskan veteran PAS, Subky Latif ketika mengulas pujian diberikan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada parti Islam itu.

Beliau juga mengingatkan penyokong PAS supaya tidak terlalu gembira apabila dipuji oleh musuh.

“Seperti yang selalu pimpinan PAS dari dulu pesan kepada penyokongnya, jangan gembira bila dipuji musuh! Musuh itu sifatnya tidak pernah selesa dengan musuhnya. Bila musuh kata kita baik, maka perkara pertama yang perlu diperhatikan mengapa ia dipuji musuh?

“Kita kena kaji kemungkinan adanya yang tidak betul dari kita bila dipuji musuh. Tidak baiknya jadi persepsi pertama. Kebaikannya jadi perkara kedua,” katanya menulis dalam Harakah, hari ini.

Subky yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam PAS berkata, budaya politik matang dan sejahtera yang PAS layari sekarang ini sememangnya suatu yang baik.

“Tetapi bila dipuji Najib menyebabkan ia boleh tidak seronok. Yang PAS mahu, ia digemari oleh sekalian rakyat dan rakyat menyokongnya.

“Telah saya sangka bila PAS dipuji Najib, maka bertambah sangkalah ia dicurigai oleh musuhnya yang lain. Memang selepas ia bersendirian ia dipelupuh bekas sekutunya dalam PRU13 dulu dan pelarian PAS. Bila Najib pula puji bertambahlah celaan mereka.

“PAS tidak minta Najib memujinya. Bukan salah PAS bila dipuji Najib. Sepatutnya Najiblah yang disalahkan kerana pujiannya yang dua kali mnyebabkan seteru PAS yang lain bertambah marah kepadanya,” katanya.

Katanya, PAS tidak boleh berkecil hati dengan Presiden UMNO itu apabila pujiannya menyusahkan PAS.

Subky berkata, PAS dan rakyat tidak beruntung jika Najib kekal berkuasa, begitu juga jika Najib dikalahkan oleh Pakatan Harapan.

Memetik kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf, Subky berkata, jika Najib tidak dapat ditukar, tetapi rela sekiranya sistem ditukar, ia adalah pilihan yang matang.

“Dengan PAS boleh dapat antara 40 dan 80 kerusi saja, Najib tak boleh dibuang, Harapan tidak dapat dinafikan, pilihan PAS ialah siapa sedia tukar sistem dengan PAS sebagai penentu?

“Terbaik bagi Firaun tukar sistem dengan Nabi Musa berperanan. Raja Rayyan setuju tukar dengan Nabi Yusuf berperanan. Jika Najib jadi Raja Rayyan, Islam berperanan, itulah yang terbaik,” katanya.

The post Hati-hati bila UMNO puji, kata veteran PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian