Ibu bapa dilarang bawa topi keledar masuk kawasan sekolah

BANGI, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Larangan membawa masuk topi keledar atau benda lain yang boleh memudaratkan ke kawasan sekolah oleh ibu bapa atau penjaga, adalah antara perkara yang dicadangkan bagi pelaksanaan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga.

Selain itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) juga mencadangkan ibu bapa atau penjaga merujuk kepada pengetua, guru besar atau pentadbir institusi, jika mempunyai masalah dengan guru yang ada kaitan dengan anak mereka.

Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata, pihaknya mencadangkan 23 perkara yang akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk dilaksanakan.

Kod etika itu, katanya, akan dijadikan panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebagai tatacara ketika berurusan dengan guru dan pihak sekolah dibenar menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan sekiranya arahan dalam kod etika itu tidak dipatuhi.

“Antara lain, ibu bapa tidak boleh menyalah guna atau mesej bernada ancaman sama ada menerusi e-mel, teks, mel suara, panggilan telefon atau komunikasi bertulis lain, termasuk menerusi media sosial,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Kod etika itu akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat, membabitkan 15 perkara yang mesti dipatuhi dan lapan tingkah laku perlu dihindari ibu bapa. Ia akan dipraktikkan di semua sekolah serta institusi pendidikan termasuk kolej vokasional, matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG).

Sehubungan itu, Kamarozaman berkata, NUTP berharap Kementerian Pendidikan akan mengadakan pertemuan segera bagi membincangkan kandungan kod etika ini, sekali gus mengedarkannya kepada semua ibu bapa.

“Kod etika adalah garis panduan. Ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk selesaikan masalah tertentu, namun perlu ada kaedah dan tatasusila.

“NUTP berharap perkara berbangkit cuba diselesaikan di peringkat sekolah sebelum dilaporkan kepada polis yang sepatutnya dijadikan langkah terakhir,” katanya.

 

The post Ibu bapa dilarang bawa topi keledar masuk kawasan sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian