IS mengaku serang pejabat Save the Children di Jalalabad

ISLAMABAD, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Tiga terbunuh dalam serangan militan IS terhadap pejabat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – Save the Children – di timur Afghanistan, semalam.

Dua pengawal keselamatan dan seorang awam terbunuh, manakala lebih 25 lagi cedera apabila pengebom bunuh diri meletupkan sebuah kereta di hadapan pejabat pertubuhan itu di Jalalabad.

Militan Islamic State of Iraq and the Levant atau IS mengaku bertanggungjawab ka atas serangan itu. Dalam laman webnya, Amaq, IS mendakwa menyasarkan institusi British dan Sweden.

Kira-kira 47 orang awam yang terperangkap dalam bangunan ketika pasukan keselamatan Afghanistan dan militan IS bertempur selama lapan jam, akhirnya diselamatkan.

Sekurang-kurangnya dua penyerang dibunuh dalam pertempuran di pusat bandar Jalalabad yang menempatkan banyak pejabat kerajaan.

Berikutan kejadian itu, Save the Children mengutuk serangan berkenaan dan menggantung operasi mereka di Afghanistan sehingga keadaan selamat.

Serangan ke atas pejabat pertubuhan itu berlaku beberapa hari selepas 18 orang awam terbunuh dan 22 lagi cedera apabila militan Taliban menyerbu dan menyerang Hotel Intercontinental di Kabul. – Agensi

The post IS mengaku serang pejabat Save the Children di Jalalabad appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian