Isma, Indahnya Islam lancar kempen ‘Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa’ 31 Januari

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sebagai solidariti kepada umat Islam di Palestin, Ikatan Muslimin Malaysia Isma mengajak umat Islam untuk bersama-sama menjayakan kempen ‘Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa’.

Kempen bersama Indahnya Islam ini menyeru untuk solat Subuh berjemaah, sekaligus mengharapkan setiap masjid mengadakan ceramah atau kuliah Subuh berkisar tentang “Rahsia Pembebasan Al-Aqsa pada pada 31 Januari dan 3 Februari.

Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Haji Omar Kassim berkata, tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan umat Islam turun menghidupkan solat Subuh berjemaah sebagai permulaan cemerlang kepada kehidupan seharian.

“Kita mahu mengajak masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai tapak permulaan perubahan dalam kehidupan.

“Namun yang lebih penting, kempen ini mahu menghidupkan semangat membebas dan mempertahankan tanah suci umat Islam Palestin secara berterusan.

“Apatah lagi selepas rampasan yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengistiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara negara haram Israel,” katanya.

Ustaz Omar berkata, Dr Raghib As-Sirjani dalam bukunya Misteri Solat Subuh menulis mengenai seorang penguasa Yahudi yang menyatakan takut jika bilangan umat Islam melaksanakan solat Subuh berjemaah menyamai atau melebihi umat Islam melaksanakan solat Jumaat.

“Justeru, kita harapkan kempen ini dapat dijadikan tunjang bagi menunjukkan kebencian terhadap Zionis. Inilah peperangan sebenar kita.

“Bukan mudah untuk bangun dari tidur, bersuci dan kemudian bergerak menuju masjid bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah,” katanya.

The post Isma, Indahnya Islam lancar kempen ‘Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa’ 31 Januari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian