ismakualaterengganu

Isu kopi campuran: Hanya lima kes dilaporkan setakat ini

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang sp...

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, termasuk menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes beberapa individu yang dirawat selepas didakwa minum kopi campuran segera.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Wan Mansor Hamzah berkata, setakat ini hanya lima kes dilaporkan antara 27 Januari hingga semalam, di mana tiga daripadanya telah dibenarkan pulang manakala dua lagi masih di bawah pemerhatian Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut Dr Wan Mansor, semua individu terbabit hanya menerima rawatan biasa dan dalam keadaan stabil.

“Sehingga kini, tiada kes baru yang dilaporkan dan tiada kematian atau sebarang komplikasi berat dilaporkan.

“Siasatan mengenai perkara ini juga memerlukan penglibatan agensi-agensi pihak berwajib yang lain. Pemakluman lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa mengenai isu ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bernama melaporkan, dua lelaki terpaksa menerima rawatan di HPP semalam, selepas didakwa mengalami simptom letih dan lemah teruk selepas minum kopi berkenaan.

Susulan laporan itu, Ismaweb.net turut mengesan berita tular itu yang mendakwa empat individu menerima rawatan di HPP yang mengalami sympathomimetic toxidrome (bacaan BP tinggi, tachycardia, dilated pupils, sweating dan restlessness), selepas minum kopi campuran berkenaan.

The post Isu kopi campuran: Hanya lima kes dilaporkan setakat ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5391748966547246416

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item