ismakualaterengganu

Isu tatatertib: Bincang dengan sekolah sebelum lapor polis

JOHOR BAHRU, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Ibu bapa dinasihati berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu sebelum bertindak membuat lap...

JOHOR BAHRU, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Ibu bapa dinasihati berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu sebelum bertindak membuat laporan polis dalam isu guru mengenakan tindakan disiplin terhadap anak mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, walaupun menjadi hak ibu bapa untuk membuat laporan polis, konsultasi dengan pihak terlibat adalah lebih baik sebelum melibatkan pihak berkuasa.

“Mengenai kesalahan tatatertib pelajar, seharusnya ibu bapa dan pihak sekolah berbincang dan berunding sebelum mengambil keputusan untuk melibatkan pihak berkuasa.

“Pihak polis tidak boleh menghalang ibu bapa untuk tidak membuat laporan kerana sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mengambil segala laporan yang dibuat oleh orang awam,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di IPK Johor, di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam, berkenaan laporan polis yang dibuat ibu bapa hampir setiap minggu terhadap guru yang mengambil tindakan disiplin ke atas anak mereka.

Mengulas mengenai berita tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak tahun lepas mengenai jenayah bunuh dan jual organ serta jenayah menipu menggunakan cara pukau, beliau menegaskan berita-berita tersebut adalah palsu.

“Berita palsu yang mengaitkan Johor dilihat sengaja direka oleh orang yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab bagi mengganggu ketenteraman orang awam dan kita sentiasa memantau penyebaran berita palsu seperti ini.

“Gambar yang digunakan untuk menakutkan orang awam seperti gambar kanak-kanak mati dibunuh dan diambil organnya adalah gambar palsu dari negara luar dan tiada kait-mengait dengan kes jenayah di negeri ini,” kata beliau.

Mohd Khalil turut menegaskan bahawa setakat ini Johor masih berada dalam keadaan aman dan tenteram dan pihak polis sentiasa berusaha untuk mengawal ketenteraman awam di negeri ini.- Bernama

The post Isu tatatertib: Bincang dengan sekolah sebelum lapor polis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4344488097606707854

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item