Jadikan isu Palestin silibus pendidikan di sekolah

BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Persidangan Meja Bulat MyAqsa Ulama Sedunia Mengenai Baitulmaqdis memutuskan bahawa adalah haram untuk bersekongkol dengan kerajaan Zionis dalam semua bidang, sama ada politik, ekonomi, pengetahuan dan media.

Persidangan juga menggesa supaya disenaraikan individu dan organisasi yang menerima bantuan Zionis dan memberi amaran kepada mereka supaya memutuskan hubungan dengan rejim itu.

Dalam satu kenyataan bersama Yayasan MyAQSA, Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Kesatuan Ulama Palestin Diaspora berkata, persidangan itu juga menuntut Pihak Berkuasa Palestin bersatu padu dengan gerakan-gerakan pembebasan serta menghentikan segala bentuk hubungan dan perjanjian antara rejim Zionis dan pentadbiran Amerika Syarikat.

“Persidangan menyeru kepada sektor pendidikan di setiap negara untuk menjadikan isu Palestin sebagai sebahagian daripada silibus pengajaran dan pembelajaran serta dibantu oleh saluran penerangan secara holistik dalam mempertingkatkan kesedaran tentang Al-Quds,” kata kenyataan itu.

Kenyataan penuh dan resolusi lain persidangan itu boleh dibaca dalam ruangan Pendapat Ismaweb.net.

The post Jadikan isu Palestin silibus pendidikan di sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian