Jenayah perang: Rakaman terbaharu Mahmoud al-Werfalli laksana hukuman mati

TRIPOLI, 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Libya menuntut Mahmoud al-Werfalli menyerah diri serta-merta selepas rakaman terbaharu muncul yang menunjukkan dia sendiri melaksanakan hukuman mati.

Komander pasukan khas Al-Saiqa Brigade, sayap elit Tentera Kebangsaan Libya (LNA) diketuai Khalifa Haftar itu dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), atas beberapa tuduhan jenayah perang.

Rakaman video yang tular di laman sosial semalam, menunjukkan Werfalli menembak mati sekurang-kurangnya sembilan individu ketika menjatuhkan hukuman di tempat awam.

Rakaman itu menunjukkan pelaksanaan hukuman mati dilakukan di hadapan Masjid Al-Rdawaan di Benghazi, di mana dua letupan bom berlaku Selasa lalu yang membunuh 37 orang awam.

“Werfalli terus memandang rendah terhadap ICC. Walaupun, dikehendaki ICC dia terus menentang dunia dengan melakukan pembunuhan kejam ke atas penduduk, tanpa membawa mereka ke mahkamah,” kata pemimpin parti Taghyeer, Guma el-Gumaty.

Beliau menggesa komuniti antarabangsa melakukan usaha yang lebih bagi menyelamatkan mereka yang berpotensi menjadi mangsa Werfalli dan membenarkan ICC untuk menangkapnya atas tuduhan melakukan pembunuhan besar-besaran dan jenayah perang.

Kumpulan penganalisis Timur Tengah, Eurasia Group berkata, klip video itu, jika benar menunjukkan sekali lagi bagaimana Haftar dan tenteranya tidak menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Ianya tidak mengejutkan. Haftar sememangnya tidak berminat dengan demokrasi atau hak asasi manusia. Penyokong kuatnya, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), juga tidak tahu untuk menghormati demokrasi dan hak asasi manusia,” katanya.

Waran penangkapan Werfalli dikeluarkan pada 15 Ogos tahun lalu, atas tuduhan melakukan pembunuhan besar-besaran.

Werfalli dituduh oleh ICC mengarah atau mengambil bahagian dalam siri pelaksanaan hukuman mati ke atas 33 banduan antara Jun 2016 dan Julai 2017 di Benghazi dan kawasan sekitarnya. – Agensi

The post Jenayah perang: Rakaman terbaharu Mahmoud al-Werfalli laksana hukuman mati appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian