Jordan henti subsidi roti

AMMAN, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Kerajaan Jordan menghentikan subsidi roti berkuat kuasa hari ini, sebagai langkah mengatasi masalah ekonomi negara, kata Menteri Perdagangannya, Yarub Qudah.

Keputusan itu hanya membabitkan roti pita sekali gus menjadikan harganya naik hampir dua kali ganda.

Bagaimanapun jenis roti yang paling digemari oleh golongan pertengahan Jordan tidak terjejas.

Harga sekilogram roti pita putih naik 60 peratus dengan harga 0.40 dinar (RM2.20) daripada harga asal 0.25 dinar (RM1.30), manakala harga roti pita besar pula naik hampir dua kali ganda.

Yarub Qudah berkata, harga baharu itu akan kekal hingga akhir tahun 2018 selepas kerajaan mendapatkan rizab gandum yang mencukupi.

Bagi tidak meminggirkan golongan miskin, Jordan menyediakan satu mekanisme untuk mengimbangi kesan kepada golongan itu melalui pemberian tunai.

Ditanya kaedah kerajaan memberikan wang tunai bagi membayar ganti rugi kepada golongan miskin, Qudah berkata, kakitangan awam yang berpendapatan rendah akan menerima subsidi tunai menerusi gaji mereka.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, kerajaan akan memilih bank di mana mereka boleh menerima subsidi itu pada bila-bila masa sepanjang tahun,” katanya.

Kenaikan harga yang berkuatkuasa malam tadi adalah kenaikan utama pertama sejak tahun 1996. -Agensi

The post Jordan henti subsidi roti appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian