Karnival Lepasan Sekolah 2018 sasar lebih 10,000 peserta

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) sekali lagi menganjurkan Karnival Lepasan Sekolah (LKS) 2018, dengan mensasarkan lebih 10,000 penyertaan.

Program tahunan yang dianjurkan sejak 2008 itu memasuki kali kesepuluh tahun ini, dengan kerjasama Pemuda Isma dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina).

Pengarahnya, Ibrahim Sharkawi berkata, penganjuran kali ini berbeza berbanding sebelumnya, dengan memperluaskan 22 lokasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang bulan ini.

“Program akan dibuat dalam bentuk skala besar di 22 buah tempat yang mempunyai cawangan KRIM dengan sasaran kehadiran seramai 10,000 orang pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM dari seluruh Malaysia.

“Program sehari ini akan memberi pendedahan tentang hala tuju selepas SPM, realiti IPT/TVET, cabaran dan aktivisme di kalangan mahasiswa serta Career Fair yang berkonsepkan ‘booth’,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Tidak setakat itu, Ibrahim berkata, lebih 300 golongan profesional daripada pelbagai industri dan mahasiswa IPT awam serta swasta akan menerangkan kepada peserta mengenai profesion, termasuk laluan kerjaya mereka.

“Objektif program KLS kali ini adalah menyampaikan input dan panduan berkenaan kepelbagaian profesion dan kerjaya yang ada di pasaran pekerjaan.

“Ia juga menjelaskan peranan utama mahasiswa dan belia dalam aspek pembangunan diri, masyarakat dan negara serta melahirkan kesedaran kepentingan aktivisme bagi melahirkan pemimpin dalam setiap bidang yang diceburi,” katanya.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, beliau berkata, KLS 2018 tidak hanya menumpukan peluang di IPT awam dan swasta, malah turut mengetengahkan bidang-bidang di dalam Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Tahun ini ada banyak perubahan yang kita adalah dalam KLS, sebelum ini kita tidak menyentuh bidang-bidang dalam TVET.

“Namun kali ini kita bekerjasama dengan Pemuda Isma, untuk mengetengahkan banyak peluang yang bolehkan libatkan peserta KLS dalam bidang kemahiran,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran pertama bagi KLS 2018 adalah pada 7 Januari depan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

“Setakat ini, penyertaan menerusi atas talian yang kita terima adalah seramai 300 orang, dan ia masih terbuka bagi sesiapa yang berada di sekitar Pulau Pinang untuk mendaftar.

“Manakala, lokasi-lokasi lain boleh disemak di laman web KRIM, http://ift.tt/2ALEcCy, atau di Facebook KRIM sendiri,” katanya.

The post Karnival Lepasan Sekolah 2018 sasar lebih 10,000 peserta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian