Kembar siam Gaza berjaya dipisahkan
RIYADH, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sepasang bayi kembar Palestin berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan di sebuah hospital di sini, semalam.
Menurut agensi media tempatan, pembedahan yang diketuai Dr Abdullah Abdulaziz Al-Rabiah berjaya memisahkan Farah dan Haneen di Hospital Pakar Kanak-Kanak Raja Abdullah.
Pembedahan yang bermula pagi semalam membabitkan sembilan peringkat bius dan pemindahan beberapa organ termasuk hati.
Pasangan bayi perempuan yang dilahir pada Oktober lalu, bercantum pada perut dan pelvis, termasuk berkongsi kaki, bagaimanapun mempunyai paru-paru serta jantung berasingan.
Bayi berkenaan diterbangkan ke Arab Saudi bagi menerima rawatan pada Disember lalu, selepas dibawa dari Gaza ke Jordan.- Agensi
The post Kembar siam Gaza berjaya dipisahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan