Kenyataan Najib seolah-olah BN akan lakukan huru-hara jika kalah

BANGI, 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat – PAS menyifatkan kenyataan Perdana Menteri bahawa negara akan hancur jika kerajaan Barisan Nasional (BN) ditukar, sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan nilai demokrasi yang menjadi dasar politik negara.

Selain itu, PAS juga mempersoalkan adalah kenyataan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan BN akan melakukan huru-hara sekiranya mereka kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, huru-hara biasanya akan dilakukan oleh pihak yang kalah dan bukan pihak yang menang.

Katanya, dalam sistem demokrasi di Malaysia sekarang ia tidak akan mengundang sebarang huru-hara.

“Ini dibuktikan dengan beberapa negara termasuk Amerika, UK dan dalam konteks di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor telah berjalan dengan harmoni.


“Huru-hara selalunya akan dilakukan oleh pihak yang kalah dan bukan bagi pihak yang mencapai kemenangan. Jadi dalam kontek politik Malaysia, pembangkang sudah pun biasa dengan kekalahan dan tidak ada sebarang huru-hara pun yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa PAS akan memastikan peralihan kuasa berjalan dengan harmoni kerana parti itu komited mendukung keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara.

Beliau juga menafikan dakwaan Najib bahawa janji yang ditaburkan oleh pembangkang ketika proses pilihan raya adalah semata-mata untuk berkuasa.

“Pada saya, rakyat boleh melihat kebanyakan janji yang tidak ditunaikan adalah dari BN bukan dari pembangkang. Contohnya pada setiap kali pilihan raya kecil berbagai projek dijanjikan tetapi selepas pilihan raya tidak ada pun yang dibuat,” katanya.

The post Kenyataan Najib seolah-olah BN akan lakukan huru-hara jika kalah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian