Kerajaan negeri pandang serius penganjuran aktiviti di Pulau Besar


MELAKA, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kerajaan negeri Melaka akan mengadakan perbincangan bersama pihak penganjur Program Majlis Maulidar Rasul dan Naik Bendera Kedua di Pulau Besar dekat sini dalam usaha mengatasi aktiviti khurafat yang masih berlaku di pulau tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihaknya memandang serius aktiviti bidaah seperti upacara penyembelihan kambing, pemujaan tengkorak dan menaikkan bendera yang tidak melambangkan mana-mana negeri atau negara.

“Kita telah membuat keputusan untuk mengarahkan pihak Jabatan Mufti Melaka, Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Melaka mengadakan satu perbincangan yang mendalam bagi menyelesaikan isu terbabit.

“Kalau kita kata (amalan itu) khurafat, khurafat dari sudut mana? Kalau kita kata ia bidaah, bidaah daripada pandangan mana?. Jadi ini semua perlu diperhalusi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, satu pendekatan perlu dicari bagi memperbetulkan fahaman semua pihak agar pengamal ritual khurafat tidak terus melakukan aktiviti yang bercanggah dengan syariat Islam.

“Mungkin pada mata si pelaku, apa yang mereka lakukan itu dianggap betul, namun hakikatnya ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Dalam perkara ini kita tidak boleh membuat penilaian secara tergesa-gesa kerana mungkin amalan mereka berbeza disebabkan pegangan mazhab yang berlainan.

“Secara tidak langsung menerusi kaedah (perbincangan) ini, kita dapat memahami perbezaan mazhab-mazhab dan menghormati pandangan antara satu sama lain agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kegiatan yang meragukan dan berunsur khurafat di Pulau Besar dilihat masih berterusan meskipun kerajaan negeri telah memberi amaran keras agar mereka yang terlibat menghentikan amalan itu. – Bernama

The post Kerajaan negeri pandang serius penganjuran aktiviti di Pulau Besar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian