Kerajaan usah tunduk desakan Dong Zong demi undi Cina

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kerajaan digesa untuk tidak tunduk dengan tuntutan Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menambah bilangan sekolah baharu Cina, yang kononnya masih tidak mencukupi.

Menyifatkan pertubuhan itu ‘diberi betis hendak paha’, Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Azizee Hasan berkata, Dong Zong makin melampau menuntut kerana mereka yakin akan dapat apa yang diminta.

“Kita mohon sangat kerajaan tidak layan tuntutan Dong Zong menambah sekolah demi kepentingan survival politik dan undi kaum Cina. Tuntutan mereka itu akan melemahkan lagi usaha memupuk perpaduan kaum dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kaum Tiong Hua.

“Kajian ada menunjukkan pelajar Cina yg belajar di Sekolah Kebangsaan lebih menjiwai semangat patriotisme dan mampu bertutur bahasa Melayu dengan baik. Menambah bilangan SJKC dan SJKT akan melebarkan jurang perbezaan dan mejauhkan usaha membina perpaduan bangsa Malaysia. Itu pun mereka masih tak faham,” katanya ketika dihubungi Ismaweb,net hari ini.

Semalam, Dong Zong dilaporkan meminta kerajaan membina lagi 34 sekolah rendah Cina bagi memenuhi permintaan masyarakat bangsa itu.

Presidennya, Datuk Vincent Lau berkata, sekolah rendah Cina sekarang masih belum mencukupi meskipun kerajaan sudah meluluskan 10 sekolah rendah Cina baharu dan pemindahan enam sekolah rendah Cina.

Ustaz Azizee berkata, daripada memenuhi tuntutan Dong Zong itu, alangkah baiknya kerajaan menumpukan usaha untuk menambah baik sekolah kebangsaan dan membaiki infranstruktur sekolah-sekolah di luar Bandar.

Tidak pun katanya, kerajaan cuba membantu memajukan sekolah-sekolah agama rakyat yang kurang kemudahan dan prasarana demi membela nasib bangsa Melayu yang ketinggalan dari aspek pendidikan.

“Tambahan pula kos membina sebuah sekolah menelan belanja sebanyak RM30 juta dan ia perlu diperhalusi dengan sebaiknya untuk mengelakkan pembaziran.

“Jadi iGuru cadangkan perlunya ada usaha penubuhan Suruhanjaya Pendidikan bagi mengawal tuntutan mana-mana pihak lain atau dasar yang dilaksanakan supaya menepati semangat Perlembagaan dan Akta Pelajaran 1957,” katanya.

The post Kerajaan usah tunduk desakan Dong Zong demi undi Cina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian