KLS 2018 Bantu Pelajar Lepasan Sekolah Buat Keputusan Sendiri

KAJANG, 14 Januari – “Tujuan adik-adik berhimpuan dalam Karnival Lepasan Sekolah 2018 ini tidak lain hanya untuk mencapai 2 tujuan, pertamanya, adik-adik mampu membuat keputusan dalam keadaan sedar (dalam memilih bidang yang akan diceburi), atau well informed decision.”

“Keduanya, adik-adik akan didedahkan dengan rahsia-rahsia untuk menjadi orang yang hebat dan berjaya samada ketika menyambung ijazah atau sudah berkerjaya nanti.”

Berikut adalah petikan dari ucapan Pengarah Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Hulu Langat (Krim DHL), Ustaz Bilal Jailani, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Karnival Lepasan Sekolah 2018 (KLS 2018) zon Bangi di Masjid Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Tambah beliau lagi, kesilapan ketika membuat keputusan dalam memilih bidang dan minat yang ingin diceburi akan menimbulkan pelbagai masalah selain mengecewakan harapan ibubapa dan rakyat Malaysia secara am nya.

Dalam karnival tersebut, para peserta juga didedahkan dengan bidang-bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh golongan professional seperti guru, wartawan, jurutera, doktor, peguam dan lain-lain. Slot mengenal personaliti diri dan sesi penerangan hala tuju selepas sekolah juga telah diadakan bagi membantu para peserta dalam menentukan hala tuju mereka selepas sekolah.

KLS 2018 telah berjaya menarik hampir 100 orang peserta dari sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya. Karnival itu telah dianjurkan oleh Krim DHL dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

 

Ammar bin Ahmad Raji

Wartawan Isma Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian