Lapan maut, puluhan hilang bot karam di luar pantai Libya
TRIPOLI, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya lapan maut, dan puluhan lagi pelarian dilaporkan hilang, selepas bot yang mereka naiki karam di luar pantai Libya, semalam.
Insiden menyebabkan beberapa orang terjatuh dalam laut, sementara yang lain terpaksa berpaut pada serpihan bot, manakala mayat pelarian terapung di laut.
Pengawal pantai Itali memaklumkan, pihaknya hanya berjaya menyelamatkan 86 orang dan menemui mayat enam wanita dan dua lelaki.
Salah seorang mangsa terselamat memaklumkan, bot itu dinaiki antara 140 hingga 150 orang, bermakna puluhan lain masih hilang termasuk 15 wanita dan enam kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun.
Kejadian berlaku apabila bot getah yang padat dengan pelarian itu meninggalkan Garabulli, terletak 50 kilometer dari timur Tripoli.
Namun, selepas lapan atau sembilan jam perjalanan, bot terbabit mengempis sebelum dimasuki air. -Agensi
The post Lapan maut, puluhan hilang bot karam di luar pantai Libya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan