Majikan mesti bayar caruman SIP sebelum 15 haribulan: Perkeso

KUALA LUMPUR, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengingatkan majikan supaya membuat bayaran caruman buat pertama kali untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang mula berkuat kuasa bulan ini pada 1 hingga 15 Februari ini.

Unit Perhubungan Awam Perkeso berkata, bayaran pada tempoh itu adalah bagi caruman Januari tahun ini.

“Bayaran caruman hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan bagi mengelakkan denda lewat bayar dikenakan kepada majikan.

“Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan setiap bulan pada kadar caruman 0.2 peratus daripada majikan dan juga 0.2 peratus daripada gaji pekerja. Hanya pekerja yang telah berumur 57 tahun dan tidak pernah mencarum dengan Perkeso sebelumnya dikecualikan dari sistem perlindungan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

SIP dilaksanakan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Menurut Perkeso, bagi tujuan pembayaran caruman, majikan perlu memuat turun Lampiran 1 iaitu Borang Jadual Caruman Bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dari laman web Perkeso di www.perkeso.gov.my/sip dan mengisinya dengan lengkap.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar semula kepada Perkeso melalui emel ke carumanSIP@perkeso.gov.my dengan menggunakan Tajuk [CARUMAN SIP; NAMA & KOD MAJIKAN – BULAN / TAHUN CARUMAN].

Selepas borang itu dikirim melalui emel, majikan perlu menyediakan bayaran caruman secukupnya menggunakan sama ada cek, kiriman wang atau wang pos yang bertarikh dalam tempoh sah laku dan dibayar atas nama Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso, katanya.

Bayaran caruman boleh dibuat di kaunter pejabat Perkeso dengan membawa maklumat caruman bersama cetakan bukti penghantaran emel dan Borang Jadual Caruman Bagi SIP yang dilengkapkan secara fizikal atau ‘softcopy’, katanya.

Bagi serahan dokumen bayaran caruman di kaunter PERKESO, majikan akan diberikan Slip Akuan Terimaan Bayaran Caruman SIP.

Perkeso berkata, majikan juga boleh menghantar dokumen bayaran ini melalui pos dengan menyertakan dokumen yang sama,

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Perkeso di www.perkeso.gov.my/sip atau hubungi talian khidmat pelanggan 1300 22 8000. – Bernama

The post Majikan mesti bayar caruman SIP sebelum 15 haribulan: Perkeso appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian