ismakualaterengganu

Malaysia masih destinasi pelancongan selamat: KPN

KUALA LUMPUR, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini memberi jaminan bahawa Malaysia masih me...

KUALA LUMPUR, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini memberi jaminan bahawa Malaysia masih menjadi destinasi selamat kepada pelancong dan terkawal daripada ancaman serangan pengganas.

Beliau berkata, selain daripada kecekapan pihak berkuasa tempatan untuk menangani segala situasi ancaman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi keselamatan luar negara bagi menghadapi sebarang ancaman pengganas di negara ini.

”Buat masa ini saya beri jaminan tindakan pencegahan berterusan sentiasa diambil polis untuk mengekang sebarang serangan pengganas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang berisiko berlakunya ancaman serangan pengganas.

Semalam, media tempatan melaporkan Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang berisiko berlaku serangan pengganas oleh Kementerian Luar United Kingdom.

Menurut laporan itu, Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) menasihatkan agar rakyatnya (UK) mengelak daripada berkunjung ke kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau, termasuk Lankayan, Mabul, Pom Pom, Kapalai, Litigan, Sipadan dan Mataking.

Mohamad Fuzi berkata, kerjasama dengan pihak berkuasa asing terjalin rapat khususnya menerusi perkongsian maklumat bagi membolehkan pemantauan terhadap segala bentuk aktiviti keganasan dibuat secara lebih efektif.

“Contohnya di Sabah, polis bekerjasama dengan agensi keselamatan Indonesia untuk mengekang kemasukan kumpulan Abu Sayyaf atau elemen Daesh ke negara ini.

“Tangkapan berterusan sentiasa dilakukan dan ini membuktikan polis serius dalam menangani ancaman keganasan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, tindakan menyenaraikan Malaysia sebagai negara berisiko berlaku serangan pengganas adalah tidak wajar tanpa mendapatkan maklumat sebenar situasi daripada pihak berkuasa negara ini.

Katanya, laporan itu tanpa semena-mena hanya akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelancong.

“Sepatutnya mereka rujuk kepada PDRM terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.- Bernama

The post Malaysia masih destinasi pelancongan selamat: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8583902465661542754

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item