Mangsa banjir di Pahang meningkat 357 orang

BANGI, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Hujan lebat berterusan sejak pagi semalam menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 357 orang setakat jam 8 pagi ini, berbanding 318 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, setakat ini tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Rompin dan Pekan bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 95 keluarga itu.

Beliau berkata, jumlah mangsa banjir di Rompin meningkat kepada 103 mangsa daripada 28 keluarga, yang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan Sekolah Kebangsaan Tekek (64 orang) dan Dewan Orang Ramai Leban Chondong (39 orang).

“Hujan lebat sejak awal pagi semalam memaksa semua mangsa dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya.

Menurut Zainal, seramai 254 orang daripada 67 keluarga ditempatkan di lima PPS di Pekan membabitkan SK Temai (93 orang), Pusat Pemindahan Pulau Manis (75 orang), Dewan Serbaguna Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (9 orang) dan Pusat Pemindahan Kampung Lamir (38 orang).

“APM turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memastikan kelancaran operasi pemindahan di Rompin.

“Wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Rompin turut berada di pusat pemindahan bagi memberikan bantuan kepada penduduk,” katanya.

The post Mangsa banjir di Pahang meningkat 357 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian