Mati dibelit ular sawa batik

BANTING, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Seorang pemuda, Zaim Khalis Kosnan, 35, meninggal dunia selepas lehernya dibelit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter yang ditangkapnya awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi tadi mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila ular sawa yang dipegangnya sambil menunggang motosikal, mula membelit tangan menyebabkan dia terjatuh dari motosikal.

Ular itu kemudian menjerut lehernya sehingga Zaim meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata Zaim dipercayai menangkap ular sawa itu untuk dijual dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Ibrahim, di sini.

“Dia ada memberitahu kakaknya, mahu menangkap ular yang ditemui di tepi jalan. Mangsa turut membawa sarung tangan dan sabit kecil dipercayai untuk menangkap ular itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan sempat menjerit meminta tolong dan penduduk kampung yang datang membantu bagaimanapun, mendapati Zaim sudah meninggal dunia.

Ular itu kemudian dibunuh.

The post Mati dibelit ular sawa batik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian