ismakualaterengganu

Media anti-Islam berniat jahat burukkan usaha tegak agenda Melayu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin KUALA LUMPUR, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menafikan laporan kontroversi da...

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menafikan laporan kontroversi daripada media anti-Islam, khususnya The Malay Mail Online (TMMO) berhubung pembentangan di Konvensyen Kebangkitan Ummah yang diadakan Sabtu lalu.

Ketua Sekretariat UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, TMMO telah memetik isi pembentangan secara salah serta menokok tambah perkara yang sebenarnya tidak disebutkan.

Perbuatan tidak beretika itu, katanya, menyebabkan ia menyeleweng daripada konteks yang dimaksudkan.

“UMMAH mendapati bahawa segelintir portal berita yang cuba untuk memburuk-burukkan usaha murni UMMAH bagi menyatupadukan suara umat Melayu-Islam di negara ini.

“Hal ini dilakukan dengan memetik sebahagian ucapan oleh para pembentang dalam KKU tempoh hari, dan kemudian menjadikannya pokok berita yang lari daripada konteks yang sebenarnya disampaikan oleh pembentang yang terlibat.

“Hal ini termasuk dua laporan berita terawal yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online yang bertajuk ‘In fiery speech, cleric tells forum only Malays fought invaders, communist’ dan ‘At Ummah convention, ex-educator urges ban on scholarships for minorities’ ,” katanya pada sidang media yang diadakan di Taman Melawati, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, berkait dengan artikel pertama itu, apa yang dilaporkan adalah tidak tepat berbanding dengan apa yang sebenarnya disebutkan oleh Pengerusi UMMAH, Ustaz Ismail Mina Ahmad.

Tegasnya, konteks sebenar Ustaz Ismail ialah orang Melayu sejak daripada zaman penjajahan Portugis termasuk Jepun, Bintang Tiga dan lain-lain, telah berjuang menentang penjajahan serta mempertahankan Raja-Raja Melayu.

“Beliau langsung tidak menyebut bahawa ‘HANYA’ (ONLY) orang Melayu sahaja yang berjuang, atau menafikan sumbangan oleh para tentera atau polis bukan berbangsa Melayu selepas kemerdekaan dalam memerangi komunis.

“Tindakan wartawan The Malay Mail Online yang menokok perkataan ‘only’ (hanya) telah menyebabkan fitnah dan kezaliman terhadap Ustaz Ismail.

“Konteks sebenar yang dibawakan oleh Ustaz Ismail Mina ialah untuk mengingatkan kembali orang Melayu terhadap pengorbanan dan perjuangan orang Melayu dahulu kala, serta jerih perih payah tok nenek kita dalam memerangi penjajahan.

“Maka seyogia dibangkitkan mengenai orang Melayu yang berjuang menentang Bintang Tiga sebagai satu episod yang amat pedih dalam memori kolektif orang Melayu, justeru tak wajar dilupakan oleh generasi pada hari ini,” katanya.

Manakala, berkait dengan laporan dalam artikel kedua yang memetik kenyataan bekas pendidik, Datuk Raof Hussin pula, Aminuddin menegaskan ia juga sama sekali tidak tepat.

Ini kerana, Datuk Raof sebenarnya menuntut supaya pihak berkuasa memperuntukkan biasiswa kepada para pelajar Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti yang telah diperuntukkan dan dijamin dalam Perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Beliau langsung tidak menuntut agar biasiswa kepada kaum-kaum lain di bawah mana-mana peruntukan perundangan lain untuk dihentikan, seperti yang didakwa secara menyeleweng oleh wartawan TMMO,” tegasnya.

Konvensyen Kebangkitan Ummah yang diadakan pada 13 Januari lalu di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur telah menghimpunkan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan dan dihadiri lebih 1,500 peserta.

Ianya merupakan satu konvensyen yang memberi fokus kepada menyatupadukan umat Islam dan menjadi suara pendesak, mengukuhkan kedaulatan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, dominasi dan kekuatan umat Islam di dalam politik, mendesak dan memastikan pemerintah menerapkan nilai Islam dan memperjuang pemerkasaan institusi Islam negara.

The post Media anti-Islam berniat jahat burukkan usaha tegak agenda Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1716748081645245618

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item