Mengapa Dr Azmi Sharom begitu kebal?

SEBELUM ini saya pernah menulis mengenai bagaimana seorang pensyarah dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, begitu aktif dan lantang sekali bersuara bagi menyokong Pakatan Harapan serta mengkritik Barisan Nasional.

Saya sebutkan mengenai bagaimana buku Dr Azmi bertajuk “Brave New World”, yang merupakan kumpulan tulisan beliau yang sebahagian besarnya pernah tersiar di dalam akhbar milik MCA, The Star, mengkritik kerajaan dan mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan.

Saya sebutkan mengenai bagaimana Dr Azmi menggunakan akhbar The Star pada 6 Disember 2017 untuk berkempen dan mempromosikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sebagai calon terbaik untuk jawatan Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.

Semalam, di dalam satu forum bertajuk “Post 1MDB And Malaysia: What Future Can We Have” di Kuala Lumpur, Dr Azmi dilapor memaklumkan beliau akan mengundi Pakatan Harapan selain menggesa rakyat Malaysia mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU 14.

Pelik juga saya mengapa Dr Azmi tidak dituduh menyimpang dari bidang sebagai ahli akademik, mengapa Universiti Malaya tidak digesa mengambil tindakan terhadap beliau dan mengapa beliau tidak dicabar menyertai bidang politik di sebalik semua kenyataan beliau ini.

Sedangkan, bila saya mengkritik Pakatan Harapan tanpa menggesa mana-mana pihak mengundi sesiapa pun, saya dituduh menyimpang dari bidang sebagai ahli akademik, universiti saya digesa mengambil tindakan terhadap saya dan saya dicabar menyertai bidang politik.

Lebih peliknya lagi, walaupun sudah jelas terbukti bahawa Dr Azmi menyokong Pakatan Harapan serta mengkritik Barisan Nasional, sehingga ke hari ini akhbar milik MCA, parti komponen Barisan Nasional, masih memberi ruang luas kepada beliau untuk terus menulis di situ.

Alangkah beruntungnya menjadi seorang Dr Azmi ini yang tampak begitu kebal dan istimewa sekali.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM)

Artikel ini adalah pendapat penulis dan tiada kaitan dengan dasar Ismaweb.net. Artikel ini terlebih dahulu disiarkan di Facebook penulis.

The post Mengapa Dr Azmi Sharom begitu kebal? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian