ismakualaterengganu

Meninggal dunia ketika imamkan solat Zuhur

ALOR GAJAH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Imam satu Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam di sini, meninggal dunia ketika mengimamkan solat Zu...

ALOR GAJAH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Imam satu Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam di sini, meninggal dunia ketika mengimamkan solat Zuhur di masjid itu, semalam.

Mohamad Hashim Kechik, 78, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu bangun untuk rakaat keempat di hadapan 10 jemaah, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Jemaah masjid, Syamsul Ab Rahman berkata, sebelum itu, imam berkenaan berada dalam keadaan duduk dan mahu bangun untuk rakaat keempat.

“Saya nampak arwah tekan tangannya di sejadah untuk bangun tetapi tak boleh, dia sebak dan kemudian beristighfar tiga kali, sebelum memberi salam. Beberapa jemaah bergegas mendapatkannya.

“Imam yang mempunyai sakit jantung mengalami sesak nafas dibaringkan di atas riba seorang jemaah. Dahinya berpeluh, sebelum nafasnya terhenti,” katanya.

Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal yang tiba jam 1.45 tengah hari mengesahkan Mohamad Hashim sudah meninggal dunia.

The post Meninggal dunia ketika imamkan solat Zuhur appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1018014339471791729

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item