ismakualaterengganu

Menteri Islam adil pilihan masyarakat India estet

KUALA TERENGGANU, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr B Chandran menegaskan, adalah leb...

KUALA TERENGGANU, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr B Chandran menegaskan, adalah lebih baik negara ditadbir oleh seorang menteri Islam yang adil, daripada menteri berbangsa India yang hanya pentingkan diri sendiri.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi India sudah mula menyatakan ketidakpuasan hati terhadap menteri daripada parti MIC, yang kurang memberi perhatian khususnya di kawasan estet.

Ini kerana ramai lagi rakyat India di kawasan itu masih tidak mempunyai tempat tinggal, namun tidak diberi perhatian oleh menteri MIC.

“Kita mahukan menteri Islam yang adil pada semua kaum. Kita tidak dipengaruhi oleh perkauman tetapi kita dipengaruhi oleh keadilan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, apa yang perlu difokuskan kepada PAS oleh masyarakat India bukanlah isu bangsa semata-mata, tetapi lebih kepada isu keadilan kepada semua.

“Ia bukan isu Melayu tetapi yang kena pimpin ialah pemimpin Islam, dalam masa sama menjaga kepentingan dan keadilan,” katanya.

Pada masa sama, Chandran berkata, beliau tidak goyah dengan dakwaan musuh PAS yang sering mencanang isu ‘Kabinet Melayu’ bagi mempengaruhi kaum India menjauhkan diri dari parti itu.

“Dengan penyertaan 156 orang kaum India di beberapa estet di Kedah yang menyertai DHPP baru-baru ini, dapat menunjukkan bahawa mereka semakin selesa dengan PAS.

Beliau yang juga Pengerusi DHPP Terengganu berkata, sokongan pengundi India juga mampu memberi kemenangan kepada PAS walaupun golongan tersebut adalah minoriti di negara ini.

“Katakan 20 peratus sokongan terhadap PAS datang daripada ahli UMNO dan 25 peratus India, maka kita ada peluang untuk menang sekalipun melibatkan pertandingan tiga penjuru,” katanya.

The post Menteri Islam adil pilihan masyarakat India estet appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2225837828239911817

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item