Menteri nafi suruh guru sokong pembangkang berhenti kerja

BANGI, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan beliau pernah mengugut atau meminta warga pendidik meninggalkan profesion itu jika menyokong pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Beliau sekali gus menyangkal laporan berita mengenai amarannya itu yang disifatkan tidak logik serta disalah ertikan wartawan terbabit.

Beliau mendakwa kenyataannya pada Khamis lalu hanya sekadar peringatan kepada kakitangan awam, khususnya guru besar dan guru, yang sepatutnya memahami tugas serta tanggungjawab mereka.

“Undi adalah rahsia, bagaimana boleh saya memberi amaran kepada mereka yang mengundi pembangkang? Saya hanya mengingatkan mengenai kedudukan merena dan bagaimana mereka perlu melaksanakan tanggungjawab tanpa memberi kesan antara kerjaya dan ideologi politik.

“Mereka tidak boleh berada di pentas sama dengan pemimpin pembangkang kerana tugas sebagai penjawat awam yang melaksanakan dasar kerajaan,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan yang disiarkan akhbar berbahasa Cina, dan dipetik beberapa portal lain mengenai dakwaannya meminta guru serta pegawai kementeriaannya yang menyokong pembangkang supaya berhenti kerja.

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, peringatan itu tidak khusus kepada penyokong pembangkang sahaja, ia sebaliknya turut diberikan kepada guru yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau sedia maklum dalam kalangan guru termasuk guru besar dan pengetua yang mempunyai jawatan dalam pembangkang termasuk PKR serta PAS.

“Saya percaya ibu bapa mahu golongan guru ini memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak mereka. Mereka tidak seharusnya menukar kelas, perhimpuann sekolah atau bilik guru kepada sesi ceramah,” katanya.

The post Menteri nafi suruh guru sokong pembangkang berhenti kerja appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian