Mereka telanjang perkara biasa…..

BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – “Lip lap lip lap kain terbelah dan tertutup bila melangkah. Bagi kain yang tidak berjahit, jahitlah yang mana patut. Manakala, yang terbuka dada, tutup agar tidak dilabel sebagai pelacur.

“Kita bukanlah terlalu ekstrem sehingga mahukan mereka bertudung. Cukuplah dengan berpakaian sopan dan tidak mencolok mata. Sebenarnya, kita mahu berniaga apa? Menjual tiket kapal terbang atau menjual paha dan buah dada?

“Peliknya ketika pesawat ini membawa jemaah umrah atau haji, elok pulak berpakaian sopan. Apakah ada dalam pemikiran mereka, disebabkan kapal terbang tersebut menghala ke Makkah dan Madinah, maka pakaian perlu sopan.

“Bila menghala ke tempat lain, maka perlu ‘ditelanjangkan’. Jika ada pemikiran sebegini, kita sudah sampai ke tahap jahil sejahil jahilnya atau jahil murabab. Bulan puasa jadi baik, bulan Syawal jadi jahat. Menunaikan umrah dan haji, elok menutup aurat. Keluar daripada Tanah Suci, aurat entah ke mana. Islam jenis apa yang kita amalkan.

“Kita bukan nak jadi Taliban!”

Demikian tulis pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah. Ikuti selanjutnya kupasan beliau dalam ruang kolumnis Ismaweb.net, hari ini.

The post Mereka telanjang perkara biasa….. appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian