ismakualaterengganu

Nazri Aziz tak mahu tukar logo ‘buruk’ TMM2020

BANGI, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Meskipun logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) mendapat kritikan netizen khususnya di kala...

BANGI, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Meskipun logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) mendapat kritikan netizen khususnya di kalangan pereka grafik, Datuk Seri Nazri Aziz bertegas tetap mahu menggunakan logo berkenaan untuk mempromosi negara kepada pelancong asing.

Tidak kisah dengan kritikan yang menganggap logo tersebut paling buruk untuk imej Malaysia, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, beliau tetap dengan keputusan mengekalkan logo berkenaan.

“Kritikan ini biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan di Chiang Mai semua puji, sememangnya logo ini untuk pelancong asing. Ini bukan untuk dalam negeri, saya tidak kisah dan peduli.

“Logo ini akan digunakan untuk dunia, hanya satu logo, tidak ada logo lain. Di Chiang Mai, kita dapat sambutan sebab mereka tidak pernah tengok (logo).

“Lainlah orang Malaysia, sudah biasa tengok. Saya tidak ada niat hendak tukar,” katanya seperti dilapor portal berita liberal, hari ini.

Berdasarkan logo terbaharu yang ditonjolkan kementerian tersebut memaparkan ‘Visit Malaysia 2020’ dengan imej orang utan dan penyu dipercayai sebagai merujuk keistimewaan di negeri Sabah dan Terengganu.

Rata-rata netizen di laman sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti serta konsep persembahan logo tersebut yang disifatkan tidak menepati taraf selayaknya.

Malah, sebahagian netizen turut membandingkan logo itu dengan beberapa negara lain, yang dikatakan jauh lebih baik dan menarik berbanding Malaysia.

Mempertahan tindakannya, Nazri berkata, kementeriannya tidak menggunakan khidmat pereka luar sehingga menelan ratusan ribu ringgit, seperti dakwa segelintir pihak.

“Kita tidak gunakan syarikat pegawai perhubungan awam luar, kita tidak belanjakan apa-apa. Semua kita gunakan dalam, iaitu kakitangan kita sendiri.

“Saya percayakan kakitangan saya berbanding bayar ratusan ribu untuk membayar orang luar. Ia percuma kerana pereka grafik itu kakitangan kita,” katanya.

The post Nazri Aziz tak mahu tukar logo ‘buruk’ TMM2020 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8907423408317223504

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item