Orang Melayu perlu bangga kehebatan bangsa sendiri: Naib Presiden Isma

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KAJANG, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Abdul Rahman Mat Dali menyeru masyarakat Melayu di negara ini lebih mengenali serta berasa teruja dengan kehebatan bangsa sendiri berbanding kaum lain.

Beliau menegaskan, ianya sangat penting terutama dalam keadaan sekarang ini yang mana dapat dilihat orang Melayu sudah hampir tewas dari sudut psikologi.

“Apabila dia tewas ini tanda-tandanya ialah mereka sangat teruja dengan orang lain selain daripada mereka. Teruja terhadap bangsa lain padahal dia adalah satu bangsa yang serba serbi hebat, dari segi tamadunnya.

“Darah daging keturunan yang hebat, perkara ini perlu diketahui oleh anak bangsa supaya ia menjadi satu dorongan baru terhadap perasaan mahu kembali hebat sepertimana dahulu.

“Apabila orang Melayu sendiri, pemimpin Melayu pun sama teruja selain daripada diri mereka, kepada Barat, kepada Jepun, kepada Korea sekarang ini, maka dia akan hilang jati diri dan akan hilang identiti dia,” katanya ketika ditemui pada Wacana Alam Melayu dan Politik Ekonomi Antarabangsa anjuran Institut Penyelidikan IRIS dan MTAEF yang diadakan di Institut Genom Malaysia, Kajang.

Orang Melayu, kata Abdul Rahman, sepatutnya mempunyai cita-cita untuk menjadi satu bangsa yang kuat dengan Islam

“Kita mahu membina satu wawasan, di mana satu bangsa yang kuat, hebat bersama Islam, memimpin di bumi sendiri, memimpin serantau dan memimpin dunia, dan cita-cita itu adalah sebahagian daripada Islam iaitu memimpin dengan Islam.

“Sebab itu kita kena bermula daripada keadaan yang tewas ini, kerana sebenarnya kita mahu menyedarkan mereka, mereka perlu bangkit semula, percaya kepada diri mereka, melakar impian baru.

“Impian untuk kembali kuat di bumi sendiri, kemudian seterusnya ‘cross border’ hingga dia boleh membantu memimpin umat lain.

“Ini tujuan dia. Kita pertahankan apa yang ada, perkasakan keyakinan, mampu menjadi hebat macam dulu,” tegasnya penuh semangat.

Pada masa sama, beliau menyifatkan penganjuran wacana ini sebagai satu inisiatif yang baik kerana ia adalah usaha awal yang membolehkan masyarakat kembali menghargai politik Melayu, kemajuan-kemajuan Melayu yang lampau supaya menghargai sejarah.

“Saya rasa wacana ini satu perkara yang bagus terutama sekali buat mereka yang kali pertama menghadiri program yang mana melibatkan pembentang-pembentang yang merupakan pakar mengenai alam Melayu.

“Banyak maklumat daripada mereka yang pakar dalam bidang ataupun subjek yang telah dikemukakan. Jelas mereka mengukuhkan dan meyakinkan lagi lagi dapatan fakta dan membuka minda kepda mereka yang baru

“Saya rasa penganjuran wacana ini satu yang bagus mudah-mudahan ia akan memberi manfaat dan seharusnya dibesarkan dan dipromosikan lagi supaya ia akan jadi satu arus baru,” katanya.

The post Orang Melayu perlu bangga kehebatan bangsa sendiri: Naib Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian