Palestin minta EU iktiraf negara Palestin

BRUSSELS, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Presiden Mahmoud Abbas akan meminta Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf negara Palestin secara rasmi, menerusi pertemuan dengan menteri luar dari blok itu hari ini.

Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, Abbas akan memberitahu EU, mereka perlu mengambil langkah itu sebagai tindak balas terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel.

Abbas juga akan mengulangi komitmennya terhadap proses damai di Asia Barat, kata Riad dalam satu wawancara dengan AFP di Brussels.

Abbas akan bertemu dengan Ketua Diplomatik EU, Federica Mogherini dan 28 menteri luar negara blok itu dalam satu pertemuan sampingan selepas persidangan bulanan.

Riad berkata, memandangkan keputusan Trump telah mengubah peraturan permainan, Abbas menjangkakan menteri-menteri luar Eropah akan tampil ke depan menyelesaikan isu ini.

“Abbas percaya mereka secara kolektif mengiktiraf negara Palestin sebagai satu cara tindak balas terhadap keputusan Trump.

“Jika orang Eropah mahu menjadi pemain, maka mereka harus adil terhadap kedua-dua belah pihak dan ia harus bermula dengan pengiktirafan negara Palestin,” katanya lagi.

Minggu lalu, Abbas mengecam tindakan Trump dan menyifatkan Perjanjian Oslo yang ditandatangani dengan Israel pada awal tahun 1990-an tidak lagi terpakai.

Perjanjian Oslo pada tahun 1993 dan 1995 itu bertujuan membawa ke arah penubuhan sebuah negara Palestin merdeka melalui penubuhan kerajaan Palestin sementara atau Pihak Berkuasa Pa­lestin (PA).

Walaupun komen Abbas mengenai kesepakatan Oslo dan desakannya bahawa Amerika Syarikat tidak lagi boleh bertindak sebagai perantara, Riad berkata, Abbas masih komited untuk proses perdamaian.

“Beliau mahu memberikan komitmennya terhadap proses damai. Beliau yakin Abbas tidak akan menarik diri daripada proses damai,” kata Riad. – Agensi

The post Palestin minta EU iktiraf negara Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian