ismakualaterengganu

Parlimen Greek benarkan undang-undang syariah jadi pilihan

ATHENS, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Parlimen Greek semalam mengundi membenarkan pelaksanaan undang-undang syariah dalam pertikaian keluar...

ATHENS, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Parlimen Greek semalam mengundi membenarkan pelaksanaan undang-undang syariah dalam pertikaian keluarga menjadi pilihan untuk minoriti umat Islam di negara itu.

Perdana Menterinya, Alexis Tsipras menyifatkan undi itu sebagai ‘langkah bersejarah’ kerana ia memperluas kesamarataan undang-undang kepada semua rakyatnya.

Perundangan ini akan membenarkan peguam Islam untuk memilih mahkamah Greek bagi menyelesaikan perselisihan keluarga dan tidak perlu lagi merujuk kepada mufti.

Bagi urusan undang-undang keluarga, rakyat Greek secara amnya akan mencari jalan penyelesaian dengan mufti untuk perkara-perkara seperti perceraian, hak terhadap kanak-kanak dan warisan.

Golongan minoriti muslim membentuk kira-kira 110,000 orang di Greece kebanyakannya tinggal di Thrace, sebuah wilayah miskin bersempadan dengan Turki. – Agensi

The post Parlimen Greek benarkan undang-undang syariah jadi pilihan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 289703603286608166

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item