PAS timbang dosa pahala pilih parti jika bentuk kerajaan bersama

BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – PAS akan menggunakan pertimbangan dosa dan pahala, pelaksanaan Islam serta adab persahabatan, bagi memilih mana-mana parti jika perlu membentuk kerajaan bersama, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, apa yang akan berlaku selepas PRU14 masih merupakan kemungkinan atau andaian dan tidak boleh dijadikan dalil.

Katanya, selepas keputusan PRU14 diumumkan, baru ada dalil untuk dibincangkan apa langkah seterusnya.

“PAS ada pertimbangan yang sangat matang serta cukup kenal, siapa yang lebih berminat dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS. Tentunya kebaikan kepada rakyat dan negara adalah neraca utama yang menjadi ukuran PAS.

“Pertimbangan PAS ialah dosa pahala, perlaksanaan Islam dan adab-adab persahabatan apabila kita nak menjalinkan kerjasama dengan sesiapa pun,” katanya menulis dalam Harakah Daily, hari ini, bagi menjawab persoalan adakah PAS akan memilih menyertai UMNO-BN dan tidak PH, selepas PRU14 nanti dan membentuk kerajaan bersama.

Kepada persoalan adakah benar PAS mahu menyertai UMNO, beliau berkata, PAS adalah sebuah parti dan UMNO pula adalah sebuah parti yang berbeza.

Oleh itu, katanya, istilah PAS hendak menyertai UMNO agak pelik kerana ianya bermakna parti Islam itu perlu dibubarkan dan semua ahlinya menyertai UMNO.

“Ini tidak akan berlaku sama sekali. Adapun tuduhan kononnya PAS akan bersama UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah sangat mudah untuk dinafikan. Akan sampai masanya Parlimen wajib dibubarkan. Menyusul selepas pembubaran Parlimen ialah proses penamaan calon.

“Maka ketika itu nanti, tuduhan akan terjawab sendiri dan semua orang boleh tengok siapa lawan PAS dan PAS lawan parti mana. Fakta yang akan terbukti ialah PAS dan Umno akan berlawan antara satu sama lain dalam PRU 14 tanpa perlu dinafikan lagi dengan ucapan atau tulisan,” katanya.

The post PAS timbang dosa pahala pilih parti jika bentuk kerajaan bersama appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian