Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia petang semalam, di kediamannya Kuala Kangsar Perak.

Beliau yang sempat melalui zaman perang Dunia, pemerintahan Jepun, era Bintang Tiga Komunis, menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun.

Beliau yang merupakan bapa saudara kepada Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abd Rahman Mat Dali pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Padang Gajah, sebelum mula bergiat dalam perjuangan kemerdekaan mempertahan tanah Melayu.

“Kita telah kehilangan seorang tokoh perjuangan Melayu yang memberikan inspirasi kepada generasi hari ini.

“Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya di kalangan hamba-Nya yang soleh,” kata Abdul Rahman kepada Ismaweb.

Mesra dengan panggilan Cikgu Hashim, beliau menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.

Cikgu Hashim juga merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, yang memimpin 400 orang pemuda ketika itu menentang penjajah.

Pada Disember 1948, Cikgu Hashim telah ditangkap oleh penjajah dan dipenjara selama empat tahun mengikut Undang-undang Darurat, atas dakwaan beliau menyertai gerakan anti-penjajah dan perjuangan menuntut Merdeka.

Cikgu Hashim mula bergiat aktif dalam perjuangan membebaskan tanah air dari penjajah ketika berusia 23 tahun.

The post Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian