ismakualaterengganu

Pelajar bawah 18 tahun dilarang kutip derma waktu malam

MELAKA, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Pelajar sekolah di bawah umur 18 tahun di negeri ini dilarang terlibat melakukan kutipan derma bagi ma...

MELAKA, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Pelajar sekolah di bawah umur 18 tahun di negeri ini dilarang terlibat melakukan kutipan derma bagi mana-mana organisasi atau pihak pada waktu malam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, larangan itu bagi mengelak penyalahgunaan pihak tertentu yang kini gemar menggunakan kumpulan berkenaan sebagai ejen kutipan derma untuk meraih simpati orang ramai.

Beliau berkata, larangan tersebut berkuat kuasa serta merta bermula hari ini dan penguatkuasaannya akan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat di bawah Akta Kerajaan Tempatan, selain akta lain yang relevan.

“Kita lihat keadaan ini menjadi satu budaya atau trend terutama menggunakan kanak-kanak sekolah membawa tabung untuk mengutip derma

“Jika keadaan ini terus berlaku, kita akan menggunakan kuasa tertentu di bawah peruntukan PBT untuk menahan mereka termasuk kanak-kanak terlibat untuk disiasat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, larangan itu tidak tertakluk kepada aktiviti kutipan derma yang dilakukan pada waktu siang khususnya oleh pelajar sekolah menerusi platform badan beruniform seperti Persatuan Pengakap atau organisasi yang diiktiraf.

Beliau berkata kutipan derma yang dilakukan juga perlu mendapat kebenaran atau permit daripada pihak berkuasa bagi mengelak penyelewengan dan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.- Bernama

The post Pelajar bawah 18 tahun dilarang kutip derma waktu malam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 267831633905817434

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item