Perang dengan Zionis bukan hanya kerana Masjid Al-Aqsa tetapi….

BAITULMAQDIS, 19 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed Al-Tayeb berkata, perperangan menentang Zionis bukan sekadar disebabkan oleh Masjid Al-Aqsa, sebaliknya meliputi kawasan 35 ekar Tanah Suci di sekelilingnya.

Agensi berita Al-Quds melaporkan beliau sebagai berkata, Masjid Al-Aqsa bukan kawasan tanah yang kecil, tetapi termasuk dinding, koridor dan Kubah Batu.

Zionis sebelum ini merancang merampas Masjid Al-Aqsa daripada umat Islam, apabila menipu dengan merujuk Masjid Kubah Batu sebagai Masjidil Aqsa. Sebaliknya, Masjidil Aqsa adalah yang berkubah hitam serta kawasan sekitarnya.

Rejim pengganas Israel cuba memutarbelitkan fakta dengan mendakwa Masjid Kubah Batu (kubah keemasan) adalah Masjid Al-Aqsa, sedang Masjidil Aqsa yang sebenarnya adalah berkubah hitam. Namun, Masjid Kubah Batu itu turut berada di dalam kawasan tanah suci.

Beliau membuat ulasan itu menjelang Persidangan Antarabangsa Al-Azhar mengenai Baitulmaqdis yang dijadual diadakan di Kaherah, pada 17 dan 18 Januari ini.

Ekstremis Yahudi sebelum ini mahu memusnahkan keseluruhan kawasan Masjid Al-Aqsa dan membina kuil mereka di atas tapaknya, yang mereka rujuk sebagai ‘The Tempel Mount’. Pelan pembinaan kuil itu sudah lama disediakan.

Selasa lalu, Parlimen rejim pengganas Israel, meluluskan undang-undang menghalang Tel Aviv daripada sewenang-wenangnya menyerahkan mana-mana bahagian Baitulmaqdis kepada Palestin di bawah apa-apa perjanjian damai pada masa depan.

Rang undang-undang bertajuk ‘Baitulmaqdis, ibu negara Israel’ meminda Undang-Undang Asas Baitulmaqdis 1980, sekali gus dilihat menjadi penghalang kepada usaha negara-negara Arab dan umat Islam untuk mengambil Baitulmaqdis Timur bagi dijadikan ibu negara Palestin.

Undang-undang itu menetapkan mana-mana kawasan yang dianggap oleh rejim Tel Aviv sebagai sebahagian daripada Baitulmaqdis perlu mendapat undi majoriti dua pertiga di Knesset atau 80 daripada 120 anggota Parlimen, jika mahu diserahkan kepada mana-mana kuasa asing.

6 Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sehingga mencetuskan tunjuk perasaan berterusan di Palestin.

Kuil Yahudi yang dibina di bawah Dinding Al-Buraq di Masjid Al-Aqsa.

Tahun lalu, rejim pengganas Israel membuka kepada orang ramai sebuah kuil Yahudi yang dibina di bawah Dinding Al-Burak di Masjidil Aqsa.

Pemimpin Majlis Tertinggi Islam Baitulmaqdis, Sheikh Ekrema Sabri sebelum ini berkata, Dinding Al-Buraq adalah sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa.

“Dinding itu adalah sebahagian daripada warisan Islam dan akan kekal sehingga Hari Kiamat,” katanya. – Agensi

The post Perang dengan Zionis bukan hanya kerana Masjid Al-Aqsa tetapi…. appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian