Persatuan Usahawan Muslim Nasional (USMAN) dilancarkan secara rasmi

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali telah melancarkan penubuhan rasmi Persatuan Usahawan Muslim Nasional atau nama singkatannya USMAN.

Dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata, USMAN akan menjadi wadah bagi usahawan muslim membina kekuatan ekonomi umat Islam.

“Usahawan itu memiliki dua ciri utama, memiliki impian besar dan berani membuat keputusan untuk terjun dalam bidang perniagaan demi perjuangan agama.

“Kita mesti ingat jika kita bantu agama Allah, Allah pasti akan membantu kita termasuk perniagaan kita,” katanya di majlis pelancaran persatuan itu di Dewan Seminar Maghfirah Pustaka, Kajang pagi tadi.

Abdul Rahman yang merupakan pengarah di sebuah hospital swasta berkata, keusahawanan adalah satu medan tarbiyah yang bagus untuk melahirkan insan-insan hebat.

“Harapan saya USMAN dapat menganjurkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan usahawan hebat yang menyumbang untuk Islam,” katanya.

Pengerusi USMAN, Khalid Zakaria ketika ditemui Ismaweb berkata, keahlian USMAN akan dibuka kepada semua pihak dan tidak terhad kepada ahli Isma semata-mata.

“Kita akan meningkatkan prestasi keusahawanan kita di samping membina jaringan yang lebih besar di kalangan masyarakat.

“Kita juga berharap dapat membina jaringan dengan usahawan di luar negara, mengembangkan pasaran kita dan mewujudkan kerjasama ekonomi di kalangan umat Islam sedunia,” katanya.

The post Persatuan Usahawan Muslim Nasional (USMAN) dilancarkan secara rasmi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian