PLO digesa gantung iktiraf negara Israel

RAMALLAH, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Pemimpin Palestin yang mengundi semalam menggesa pengiktirafan yang diberi terhadap Israel digantung, sebagai tindak balas terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Undian itu dibuat oleh anggota Majlis Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang menggesa pertubuhan itu menggantung pengiktirafan berkenaan sehingga Israel mengiktiraf negara Palestin, menghentikan pencerobohan ke atas Baitulmaqdis Timur dan membatalkan pembukaan penempatan baharu.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada pengundian majlis berkenaan sesuatu yang wajib dilaksanakan oleh PLO. Pengundian majlis itu pada 2015 lalu yang mengarahkan kerjasama keselamatan dengan rejim pengganas Israel digantung, tidak pernah dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota majlis berkenaan memberi mandat kepada jawatankuasa eksekutif PLO untuk menggantung pengiktirafan terhadap Israel, sehingga Tel Aviv turut mengiktiraf negara Palestin.

Dalam pengundian itu, 74 ahli majlis bersetuju, dua menentang dan 12 berkecuali. – Agensi

The post PLO digesa gantung iktiraf negara Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian